Saturday, 8 March 2014
Thursday, 6 March 2014
ROBERT KUOK HOCK NIEN
ROBERT KUOK
HOCK NIEN
SEBAB PILIHAN ROBERT KUOK HOCK NIEN
Tujuan saya memilih Robert Kuok Hock Nien sebagai salah seorang usahawan
berjaya yang masih hidup kerana beliau bercita-cita tinggi dan tidak banyak bercakap dan mudah didampingi. “Kunci
kejayaan beliau adalah keberaniannya mencuba apa jua bidang perniagaan dan
mempunyai tenaga pekerjanya yang jujur dan setia.” Kuok juga berkata
kejayaannya adalah hasil kerja keras. "Jangan harapkan jalan singkat untuk
berjaya. Robert Kuok merupakan seorang usahawan yang
bersikap realistic dan beliau
mengatakan bahawa “Setiap perniagaan ada risikonya, jadi jika anda takut buat
sesuatu perniagaan, elok tinggalkan sahaja.”
LATAR BELAKANG
Robert Kuok Hock Nien
lahir pada 6 Oktober 1923 di Johor Bahru,Johor. Beliau merupakan ahli perniagaan Cina Malaysia. Merujuk kepada Forbes
nilai kekayaannya dianggarkan di sekitar $12.5 bilion pada tahun 2011,
menjadikan beliau orang terkaya di Malaysia dan seluruh Asia Tenggara pada tahun tersebut.Kuok bermula dengan berniaga
gula, beras dan tepung di tahun 1949. Kini beliau adalah orang utama syarikat
multinational, Kumpulan Kuok. Kuok merupakan
seorang yang pemalu pendiam dan menyendiri; kebanyakan daripada perniagaannya
dipegang oleh beliau dan keluarganya.
Selain daripada pelbagai
jenis perniagaan sendiri di Malaysia, syarikat beliau mempunyai pelaburan di banyak negara di Asia. Kepentingan perniagaannya merangkumi daripada penanaman tebu di (Perlis Plantations Bhd), penapisan gula, pengilangan tepung, pemakanan binatang, minyak dan perlombongan hingga ke kewangan, hotel-hotel, hartanah, perdagangan
dan pengangkutan (International Shipping Corporation, Transmile Group) dan penerbitan.
JATIDIRI TAN SRI ROBERT KUOK
"Beliau sungguh teliti, bercita-cita tinggi dan tak banyak cakap,
mudah didampingi. Pertuturannya lemah lembut, sopan dan tertib. Kalau kita tak
setuju dengan pendapat dia pun, kita pasti akan menghormati sikapnya," itulah
gambaran yang diberi oleh Tan Sri Ramon Navaratnam mengenai Robert Kuok. "Kunci kejayaan beliau adalah keberaniannya mencuba apa jua bidang
perniagaan, ditambah pula tenaga pekerjanya yang jujur dan setia" kata
sumber yang enggan namanya disebut. Dalam satu wawancara eksklusif dengan
majalah alumni National University of Singapore pada 2000, Kuok berkata
kejayaannya adalah hasil kerja keras. "Jangan harapkan jalan singkat untuk
berjaya. Jika kita berjaya, orang akan mula memperkatakannya bertahun-tahun.
Mereka akan datang jika reputasi kita kukuh".
Bapanya, Kuok Keng Kang, seorang pendatang
dari wilayah Fujian, China, membentuk Tong Seng & Company di Johor selepas
memperolehi lesennya dari Sultan Johor. Beliau telah menguruskan Tong Seng
sebagai syarikat yang masyhur dalam bidang pengedaran beras, gula dan tepung di
samping dagangan am dan barangan sejuk. Kemudian beliau diberi kontrak membekal
bahan mentah untuk kira-kira 50,000 tahanan perang Jepun di Johor ketika perang tamat. Perniagaan bapanya membolehkan Kuok belajar di sekolah aliran Cina dan
Inggeris, termasuklah di Raffeles College sebelum pencerobohan Jepun. Beliau kemudian
bekerja dengan Mitshubishi Dhoji Kaisha yang menjual garam, gula dan beras.
Untuk memperbesarkan perniagaan keluarganya, Kuok mencontohi hubungan rapat
yang dipupuk oleh bapanya dengan pemimpin
Melayu Johor.
Titik
permulaan empayarnya tercatat selepas Merdeka. Beliau menubuhkan
Malaysia Sugar Manufacturing Company pada tahun 1958 dengan kerjasama Mitsui
Bussan Kaisha Ltd dan Sugar Nissin Manufacturing. Pada 1964, beliau membina
kilang gula pertama Malaysia, Malayan Sugar Manufacturing dengan mendapat kuasa
monopoli dari kerajaan. Beliau turut membuka ladang tebu pertama negara, Perlis
Plantation di tanah milik kerajaan dengan bantuan Felda.
Pada sekitar 1970an, ladangnya diluaskan ke Indonesia, menjadikannya
salah seorang pedagang utama gula dunia. Urusannya mendapat kerjasama pihak
berkuasa seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Amanah Saham Nasional yang
membolehkan mengekalkan hubungan peringkat tertinggi dengan kerajaan.
Ini mendorong kerajaan meminta
bantuan Kuok untuk menubuhkan Malaysia-Singapore Airlines (MSA) pada lewat
1960an serta syarikat perkapalan ulung negara, Malaysia Shipping Line Corporation
pada 1968 ( kini MISC ). Beliau juga terbabit dengan penubuhan Bank Bumiputra
Bhd dan Perbadanan Nasional Bhd yang dibentuk bagi menarik penyertaan orang
melayu di bidang ekonomi. Pada 1974, beliau memindahkan
operasinya dari Malaysia dan Singapura ke Hong Kong kerana sebab-sebab cukai.
Ada pihak yang mengandaikan, langkah ini disebabkan 'wujudnya persaingan sengit
di kalangan usahawan Melayu dan Cina di Malaysia, di samping keperluan
memelihara kepentingan beliau sendiri'.
Di Hong Kong, Kuok menubuhkan Kerry
Trading Company (kerry) dan melangkah ke bidang media serta hartanah. Kerry
menguasai kira-kira 10 syarikat terbitan awam Hong Kong, termasuk South China
Morning Post (SCMP), akhbar berbahasa Inggeris terunggul yang dibelinya dari
Rupert Murdoch pada 1993. Beliau juga mempunyai kepentingan dalam The Bangkok
Post. Dengan menggunakan SCMP, beliau mengambil alih TVE Holdings yang terbabit
dalam bidang hartanah, hiburan, runcit dan penerbitan dengan harga RM570
juta(AS$150) pada tahun 1996. Beliau juga adalah ahli perniagaan Asia pertama
membina rangkaian hotel lima bintang, Shangri-la.
Dari Hong Kong, Kuok beralih pula ke tanah besar China dengan melabur
dalam bidang pembangunan hartanah, hotel, dagangan, komoditi, khidmat gudang
dan Coca Cola. Ketika orang lain teragak-agak, Kuok memberanikan diri melabur
di Negara bergolak seperti Indonesia pada tahun 1960an dan Filipina pada
1980an. Hasilnya, beliau berjaya menjalin
hubungan kukuh dengan pihak berkuasa negara terbabit sejak empat dekat lalu.
Beliau juga memupuk hubungan baik dengan ahli perniagaan Cina Asia seperti Lim
Sioe Liong, Oei Hong Leong, Li Ka Shing, Tan Sri Khoo Kay Peng, Datuk Tan Chin
Nam, Run Run Shaw, TT Tsui, Roberto Ongpin dan Chatri Sophonpanich dalam apa
yang kikatakan 'Rangkaian Bamboo'.
USAHAWAN BERSIKAP REALISTIK.
Tan
Sri Robert Kuok, orang Malaysia yang terkaya, selalu di rujuk sebagai Sugar
King(Raja Gula) tetapi beliau tidak menyukai gelaran ini dan dan menganggapnya
tidak tepat.Sebaliknya beliau yang memiliki empire perniagaan, termasuk
rangkaian Hotel Shangrila, lebih menyukai gelaran Raja Hotel.‘Saya suka hotel
tetapi gelaran jolokan ‘Raja’ untuk saya, itu tidak tepat.’ beliau berkata
ketika di interviu oleh CCTV. Di antara topik yang dibincangkan termasuklah
kegiatan beliau dalam industri pelancongan, pengeluaran gula dan juga tentang
ibu beliau. Kuok menyatakan sewaktu mulai mencebur diri kedalam industri
pelancongan di negara China, kemudahan pelancongan di sana, terutama tandas,
berada dalam keadaan serba kekurangan. Oleh itu ia tidak mampu menarik para
pelancong asing.“Tetapi saya mengagakkan ketika itu negara China akan menjadi
destinasi pelancongan yang hebat kerana memiliki barangan dan tempat tempat
bersejarah yang banyak”. kata Kuok yang yang membina Hotel Shangrila yang
pertama di Hanghzou pada tahun lapan puluhan.
Hari ini terdapat 72 buah hotel
Shangrila diseluruh dunia, termasuk 34 buah di negara China. Kini terdapat 45 buah lagi sedang dibina, termasuk 28
buah di negara China.Kuok berkata perhotelan, sebagai sebuah industri
perkhidmatan bergantung kepada pekerjanya daripada pengurusan teratas hinggalah
kepada pekerja terendah untuk memberi khidmat pelanggan. Oleh itu sejak
memasuki industri ini, beliau sentiasa perihatin kepada keperluan pekerja.
“Tanggungjawab Lembaga
Pengarah yang terbesar ialah kepada pekerjanya”, kata beliau. Ketika disoal
sama ada beliau tidak setia kepada sesuatu industri kerana beroperasi dalam
pelbagai industri seperti gula, perhotelan dan media, beliau menjawab tidak,
kerana industri industri ini adalah saling berkaitan.Sambil mengingati tahun
tahun awal dalam alam perniagaan, Kuok berkata ibu beliau Tang Kak Ji dan
saudara saudara beliau telah menubuhkan syarikat Kuok Brothers Ltd sejurus
selepas kematian bapa beliau pada tahun 1948.
“Setiap perniagaan ada
risikonya, jadi jika anda takut buat sesuatu perniagaan, elok tinggalkan
sahaja. Ini tiada masalah kerana pasti ada peluang yang lebih baik untuk anda.
Tetapi, jika anda langsung tiada sikap berani, anda akan kekal miskin”, kata
beliau.Kuok, yang telah dinobatkan sebagai orang Malaysia yang terkaya sejak
tahun 2006 apabila ranking Forbe Asia diwujudkan, berkata beliau tidak suka
pada wang. Bagaimanapun, beliau berharap syarikat syarikat beliau akan terus
membuat keuntungan semoga pekerja pekerja dapat terus menikmati bonus.
“Bonus pekerja untuk
tahun ini adalah pada paras yang cukup baik”, beliau menambah.Kuok yang fasih
berbahasa Mandarin berkata ini kerana beliau seringkali diingatkan oleh ibunya
supaya jangan melupai asal usul mereka.Dia mengakui ibu beliau sebagai orang
yang paling banyak mempengaruhinya. Ibu beliau selalu menasihati supaya
bersifat merendah diri dan membantu yang miskin, dan berharap beliau akan
menjadi peniaga yang beretika baik.
Tuesday, 4 March 2014
TONY FERNANDES
TONY FERNANDES
SEBAB PILIHAN TONY FERNANDES
Saya memilih Tony
Fernandes sebagai salah seorang usahawan berjaya yang masih hidup kerana beliau memberi tumpuan
kepada rakyat yang kurang mampu untuk membeli tiket penerbangan biasa. Tony
Fernandes menunjukkan sikap minima ego dan bersedia forgive and forget yang membolehkan beliau
membuat pertimbangan yang terbaik dalam melakukan sesuatu perkara. Beliau
merupakan penggerak utama dalam penubuhan dan operasi Air Asia, sebuah syarikat
penerbangan tambang murah yang paling berjaya di Asia.
LATAR BELAKANG
TONY FERNANDES
Tony Fernandes yang kini berusia 48 tahun, dilahirkan pada 30
April 1964 kepada suatu keluarga campuran Portugis Goa(India) dan Portugis
Melaka. Bapa beliau bernama Dr. Stephen Edward Fernandes dan Ibu beliau, Ena Dorothy
Fernandez.Semasa kecil beliau kerap kali mengikuti ibunya, seorang peniaga
kecil kecilan, ke majlis majlis para peniaga tupperware. Dalam usia 13 tahun
beliau melanjutkan persekolahan di England pada tahun 1977 dan seterusnya lulus
di London School of Economics pada tahun 1987.Beliau mulai alam perkerjaan di
Virgin Atlantic sebagai auditor, kemudian sebagai kontroller kewangan di sebuah
syarikat dimilik oleh Richard Branson, iaitu Virgin Record sehingga 1989.Sekembalinya
ke Malaysia beliau dilantik sebagai pengarah urusan Warner Music (Malaysia) Sdn
Bhd. Sewaktu bertugas di syarikat ini beliau berjaya mencetus suatu ‘revolusi’ dalam muzik
etnik, nasyid dan dangdut kedalam arus perdana muzik tanah air. Beliau
berkhidmat dalam kumpulan ini dari 1992 sehingga 2001, akhir sekali memegang
jawatan vice presiden kumpulan bagi kawasan Asia Tenggara.
JATIDIRI
TONY FERNANDES
Kejayaan luar biasa selalunya di hasilkan oleh seseorang yang
juga mempunyai peribadi yang luar biasa yang membantu dalam setiap langkah yang
dilalui. Pertama sekali ialah wujudnya minat untuk berniaga yang perlu untuk
mendorong seseorang ke arah itu. Dalam diri Tony Fernandes, beliau banyak
dipengaruhi oleh ibu beliau yang aktif dalam menjual tupperware ke serata tanah
air.
Bagi Tony, ibu beliau
adalah seorang wanita yang mengkagumkan kerana kemampuannya yang luar biasa
dalam menjual barangan kepada sesiapa sahaja. Justeru itu beliau banyak belajar
dari peribadi ibu beliau yang ternyata begitu penting dikala mengharungi alam
perniagaan.Bapa beliau, Dr Stephen Edward Fernandes, sebaliknya amat berbeza
daripada peribadi ibunya. Dr. Fernandes memiliki sebuah klinik, tetapi tanpa
keuntungan kerana terlalu bermurah hati kepada setiap pesakit sehingga kerap
kali memberi perkhidmatan dan ubat secara percuma. Tony sungguh tidak terpikat
dengan cara-cara bapa beliau berniaga.Pada sekilas pandang memang ada ciri ciri
yang serupa di antara Tony dengan ayah beliau. Jika ayah beliau memberi
keistimewaan kepada pesakit yang miskin, Tony juga memberi fokus kepada rakyat
yang kurang mampu untuk membeli tiket penerbangan biasa. Tetapi bezanya, jika
ayah beliau membantu pesakit dengan tujuan mengurangkan bebanan mereka,
sehingga mengorbankan keuntungan, Tonya juga membantu rakyat yang tidak mampu membeli
tiket kapal terbang, tetapi beliau tetap terikat dengan prinsip perniagaan
berasas keuntungan dan lestari ( berkekalan).
Kemampuan beliau berkomunikasi, mempengaruhi orang dan semangat
yang kental amat mengkagumkan dan merupakan satu ciri yang diwarisi dari ibu
beliau. Selain itu zaman persekolahan dalam usia yang sangat muda (umur 13
tahun) di sekolah berasrama di England, juga memberi kesan yang mendalam kepada
peribadi beliau. Di sana, berjauhan dari keluarga dan kampung halaman,
membentuk nilai teras dalam peribadi beliau, terutama kemampuan berkomunikasi
dan berdikari dalam apa jua suasana.Ibu beliau meninggal sewaktu Tony hanya
berusia 15 tahun meninggal kesan yang mendalam kepada beliau. Ia meninggalkan
kekosongan dalam hidup dan membantu dalam membentuk peribadi yang cekal dan
mampu berdikari di mana sahaja.
Jika di lihat dari segi kecenderungan usahawan
mengambil risiko,Tony adalah contoh yang amat ekstrim. Beliau adalah seorang yang
nampaknya hyperactive
begitu fokus dalam melaksanakan perkara yang beliau minati, sehingga sanggup
menggadai apa sahaja yang beliau miliki walaupun masih jauh daripada mencukupi
sebagai modal syarikat. Mungkin ini bukan suatu perkara yang menghairankan,
jika yang diminati itu matlamat yang biasa, tetapi untuk meiliki sebuah
syarikat penerbangan sudah tentu bukanlah sesuatu dalam jangkaan untuk seorang
yang tidak memiliki modal yang cukup dan hanya berbekalkan minat dan semangat
yang kental.Sungguhpun demikian adalah kurang tepat menyatakan yang Tony
bersikap reckless dalam
membuat sesuatu pertimbangan kerana beliau tetap mementingkan soal keuntungan.
Malah beliau amat yakin kepada soal potensi pertumbuhan yang tinggi dalam
industri penerbangan di Asia sebelum menceburi sektor tersebut.
Bagi menentukan
kejayaan, sikap beliau yang fokus kepada sesuatu projek adalah suatu ciri yang
tepat dan dapat membantu mengurangkan risiko. Beliau berkata, ” Saya bukanlah
seseorang yang suka memulakan dua puluh benda dan kemudian berharap tiga akan
berjaya. Saya lebih berminat memulakan dua atau tiga dan tentukan ia berjaya,
kemudian laksanakan usaha usaha seterusnya”. Sikap ini biasa kita nampak ada
pada usahawan terkemuka seperti Tan Sri Syed Mokhtar, Mydin, Tan Sri Azman
Hashim, Tan Sri Teh Hong Piow di tanah air kita dan usahawan usahawan seperti
pengasas Microsoft, Apple, Facebook, Ford Motor Company, Honda Motors dan
banyak lagi di arena global.
CARA CARA
TONY MENEMPUHI HALANGAN
Kemampuan
berkomunikasi timbul daripada personaliti yang yang mempunyai keyakinan diri
yang tinggi yang di asah semasa belajar dan berkhidmat di England dan di Kuala
Lumpur. Selain itu beliau juga menunjukkan sikap minima ego dan bersedia forgive and forget yang
membolehkan beliau membuat pertimbangan yang terbaik untuk syarikat dalam
sesuatu waktu. Misalnya dalam berurusan dengan Kerajaan Singapura untuk
mendapat kebenaran mendarat di sana beliau telah berhadapan dengan rintangan
demi rintangan yang berlarutan, yang biasanya melunturkan semangat orang biasa.
Walaupun demikian beliau masih boleh lagi berinteraksi dengan pegawai pegawai
kerajaan Singapura dengan baik, sambil menganggap detik detik pahit yang
dilalui hanya sebagai cabaran dalam mengembangkan laluan Air Asia.
Kini Air Asia mengadakan 26 penerbangan pergi balik dari Kuala
Lumpur ke Singapura sehari.Sebelum itu, cabaran yang pertama beliau lalui
timbul dari sikap masyarakat perniagaan Malaysia sendiri yang bersikap sinikal
terhadap rancangan beliau menubuhkan syarikat penerbangan. Perkara ini tidak
melunturkan semangat beliau, malah dengan pantas, melalui Dato’ Pahamin Rajab,
beliau berjaya meyakinkan Tun Mahathir, Perdana Menteri ketika itu, untuk
meluluskan rancangan beliau, mulai dengan cara mengambil alih syarikat
penerbangan Air Asia, sebuah syarikat yang nyata gagal dan dimiliki oleh kerajaan.Setelah
mulai berjaya dengan syarikat Air Asia, beliau mengalih fokus untuk menjadikan
Lapangan Terbang Subang sebagai hub penerbangan tambang murah di rantau Asean.
Beliau tahu ini satu perkara yang amat sukar diterima kerajaan kerana negara
perlu mengukuhkan kedudukan KLIA yang baharu sahaja siap diketika itu. Tetapi
Tony never takes no for an
answer. Beliau menggunakan media massa untuk mempengaruhi
masyarakat dan kerajaan.
Akhirnya kerajaan bertegas menolak cadangan Air Asia demi
kepentingan negara, tetapi dalam proses ini Tony berjaya mendapat laluan laluan
udara yang baru serta mendapat LCCT yang baru di KLIA dengan kadar tariff yang
berdiskaun. Ini membantu Air Asia mengukuhkan daya saing ketika berhadapan
dengan Malaysia Airlines dan syarikat syarikat penerbangan yang lain.Demikian
juga Tony menempuhi beberapa cabaran dalam usaha mendapat hak mendarat di
lapangan terbangan Bangkok, Jakarta, Hong Kong dan banyak lagi sama ada di Asia
ataupun atau benua benua lain. Namun nampaknya pengalaman di Singapura yang
paling mencabar. Mengikut buku The Air Asia Story ditulis oleh Sen Ze dan Jayne
Ng, bagi Tony, kualiti seorang Usahawan yang paling penting ialah kecekalan
atau dalam Bahasa Inggerisnya willing
to never take no for an answer.
Bagi Tony, “Berpeganglah dengan keyakinan anda. Jika anda
terlalu mendengar kata orang lain, anda tidak mungkin dapat memulakan sesuatu.
Sebab itulah mereka tidak menjadi usahawan. Orang yang memberi nasihat itu
bukanlah usahawan. Jika tidak, sudah tentu mereka melaksanakan sendiri. Kita
hanya perlu yakin dan laksanakannya” Akhir sekali, anda jangan lupa peranan
pendidikan dalam membantu Tony dalam menjayakan kerjayanya. Beliau adalah
seorang Fellow Member of Association of Chartered and Certified Accountants
(ACCA) dan berkelulusan dari London School of Economics .
Dato’ Tony penggerak utama dalam penubuhan dan operasi Air Asia,
syarikat penerbangan tambang murah yang paling berjaya di Asia. Bermula dengan
dua buah kapal terbang Boeing 737 yang usang tatkala masih dimiliki kerajaan,
kini kumpulan Air Asia yang diterajui Tony Fernandes sejak tahun 2001 telah
maju dari setapak ke setapak sehingga kini memiliki 62 buah kapal terbang dalam
perkhidmatan dan 277 buah lagi dalam pesanan. Setelah kesemua kapal terbang ini beroperasi nanti, ini mungkin menjadikan kumpulan
penerbangan Air Asia sebagai kumpulan penerbangan tambang murah yang tebesar di
dunia.Kini kumpulan Air Asia berkhidmat melalui 142 laluan dan 78 destinasi
dengan sejumlah 400 penerbangan sehari di Asia, dan juga ke Australia dan
Eropah. Dalam tahun 2011, Air Asia telah menerbangkan sejumlah 30 juta
penumpang dari pelbagai negara.
Subscribe to:
Posts (Atom)










