Monday 21 April 2014

Tugasan Individu



Blog ini dibangunkan sebagai memenuhi sebahagian dari keperluan kursus Kemahiran dan Gelagat Keusahawanan (BPME2013).  Blog ini mengandungi  artikel dan komen berkaitan 3 orang usahawan yang berjaya iaitu Syed Mokhtar Al-Bukhary, Robert Kuok Hock Nien dan Tony Fernandes serta artikel  lain yang berkaitan dengan keusahawanan.

Thursday 10 April 2014

10 Mitos Keusahawanan



10 Mitos Keusahawanan
Mitos #1
Usahawan hanya melakukan tanpa perlu berfikir.

Walaupun usahawan berkecenderungan dan pantas untuk bertindak tetapi mereka juga adalah pemikir, perancang dan berhati-hati. Kerana itu setiap langkah permulaan terhadap keusahawan mereka diperlukan untuk membina pelan perniagaan yang baik dan matlamat mudah dicapai.

Mitos #2
Usahawan dilahirkan bukan diwujudkan.

Mitos ini mengambarkan usahawan memang dilahirkan semulajadi, keusahawanan tidak boleh dipelajari. Tetapi pada masa ini  keusahawan diwujudkan dengan kaedah dan model, perlu melalui proses kemahiran, belajar melalui kajian kes dan pengetahuan dari bengkel dan seminar keusahawanan.

Mitos #3
Usahawan mestilah pencipta (inventor).

Kekeliruan ini selalu terjadi, sebenarnya untuk menjadi usahawan pelbagai peluang boleh diraih. Apa yang perlu adalah kebolehan dalam mengenalpasti peluang dan kreativiti. Ada manusia yang inovatif tetapi mereka bukan usahawan, contohnya para penyelidik dari organisasi kerajaan atau universiti.

Mitos #4
Usahawan tidak mementingkan pelajaran dan sosial.

Mitos ini diadaptasikan dari rekod kejayaan usahawan yang wujud dari kegagalan pelajaran tapi berjaya dalam perniagaan. Tetapi ketika ini para usahawan dilihat sebagai role-model, mereka berjaya dalam bidang pelajaran, menjadi pemimpin masyarakat dan sebagai pemangkin ekonomi negara.


Mitos #5
Mesti memenuhi ciri-ciri atau karektor keusahawan.

Ada orang mengariskan berbagai ciri-ciri dalam diri bagi menjadi usahawan. Tetapi adakah semua manusia boleh memenuhi semua sifat tersebut. Ciri-ciri ini telah dikumpulkan oleh para penyelidik dari berbagai sumber dan sudah pasti bukan berdasarkan atas diri seorang usahawan. Ciri utama usahawan adalah bersedia untuk mengambil risiko dan memantapkan motivasi diri.

Mitos #6
Usahawan bergantung pada wang.

Benar, untuk menjalankan perniagaan usahawan memerlukan wang. Tetapi banyak perniagaan yang gulung tikar disebabkan kegagalan untuk mengurus kewangan dengan baik. Selain dari itu tiada kemahiran dalam pengurusan, tiada pengetahuan dalam pelaburan, lemah dalam pengurusan keawangan dan pelan perniagaan yang tidak strategik juga penyumbang kepada kegagalan perniagaan.

Mitos #7 
Usahawan bergantung pada nasib.

Selalu kita dengar kata-kata ini "berlaku pada masa yang betul dan pada tempat yang betul".  Sebenarnya nasib boleh berlaku jika persediaan cukup untuk mengarap peluang. Persediaan terhadap keusahawanan adalah yang terbaik untuk mencapai kejayaan. Apa yang tersembunyi dibelakang nasib itu adalah persediaan, pengetahuan, keazaman, kemahuan dan inovatif.

Mitos #8
Perniagaan tidak tersusun dan kacau bilau.

Mitos ini adalah datangnya dari mereka yang langsung tidak mengetahui selok-belok perniagaan, mereka hanya membuat tanggapan. Sebenarnya usahawan bergerak dari berbagai sudut, mereka sentiasa melihat banyak peluang didepan mata maka mereka kelihatan seperti tidak terurus atau tidak terkawal. Sebenarnya mereka mempunyai matlamat dan sistem yang kadangkala boleh dihuraikan kadangkala tidak. Maka dari kacamata orang luar ianya kelihatan amat janggal sekali, tetapi usahawan berjaya dengan cara mereka.

Mitos #9
Kebanyakan usahawan gagal kali pertama.

Banyak usahawan gagal pada kali pertama dalam perniagaan, dan mereka berpegang dengan kata-kata " jika gagal kali pertama, usaha dan terus usaha". Benar, kegagalan kali pertama mengajar kita untuk bersedia.
 Banyak usahawan terbukti telah berjaya dalam perniagaan dalam kali pertama, ini kerana sebelum mereka bergelumang dalam dunia keusahawanan mereka telah bersedia dengan pengetahuan keusahawanan.


Mitos #10
Usahawan memperjudikan nasib dan pengambil risiko.

Pandangan orang terhadap keberanian usahawan mengambil risiko telah diputar-belitkan. Adakah benar usahawan mengambil risiko dan memperjudikan nasib dengan membabi-buta. Sebenarnya usahawan berhadapan dengan risiko yang boleh diatasi. Kebiasaannya usahawan yang berjaya adalah mereka yang berusaha keras melalui perancangan dan persediaan untuk meminimumkan risiko dan mengawalnya menepati visi yang dirancangkan.